Sistem Profil Aplikasi Kementerian Ekonomi (SPAKE)
Sistem Profil Aplikasi KE (SPAKE) dibangunkan atas cetusan idea mantan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) yang melihat ianya satu keperluan bagi memastikan profil aplikasi bagi sistem yang telah dibangunkan dapat dirujuk semula beserta dengan status pembangunan dan maklumat lain.
Sistem ini adalah berteraskan web di mana ia dibangunkan menggunakan Laravel (PHP) dan MySQL sebagai pangkalan data. Sistem ini terbahagi kepada 5 fungsi utama di mana ia merangkumi permohonan, sokongan permohonan, kelulusan permohonan, pemilihan pegawai bertanggungjawab dan laporan.
Sistem Profil Aplikasi KE (SPAKE) dibangunkan bagi menyimpan maklumat profil aplikasi yang dibangunkan dan diselenggara oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, KE. Selain itu, ia juga berperanan dalam memudahkan Ketua Penolong Pengarah BPM menugaskan sesebuah pembangunan aplikasi kepada pegawai yang bertanggungjawab.
Rujukan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Puan Rohazita Binti Mohammad Yusof: 03-80982331
Puan Noraini Binti Talib: 03-80902342
MANUAL PENGGUNA UMUM.pdf